"Mereka yang mencabar kita (Snap) adalah mereka yang mencabar perpaduan Dayak. Mereka adalah pengacau," katanya selepas proses penamaan calon bagi 71 kerusi DUN yang dipertandingkan selesai hari ini.
Dundang menerima kejutan apabila PKR meletakkan calon bagi kerusi Marudi meskipun sebelum ini Timbalan Presiden parti itu Azmin Ali mengumumkan PKR bertanding di 49 kawasan serta menyerahkan Marudi dan Pakan kepada Snap.
Presiden Snap itu sendiri akan bertanding di Marudi, yang menyaksikan pertandingan empat penjuru berhadapan calon BN, Sylvester Entri ak Muran yang juga penyandang, calon PKR Gerang ak Dagom dan calon bebas, Michael Ding Tuah.
Snap mempunyai 26 calon bertanding di kerusi majoriti kaum Dayak.
- Bernama
____________________________________________________________________________
SNAP adalah Party yang menghancurkan perpaduan Kaum Dayak dengan Duit! PKR telah lama bersedia dengan susun atur programnya untuk menghadapi PRN Sarawak kali ini. Di kala itu SNAP masih lagi terumbang ambing bagaikan kapal yang hendak tenggelam.
Secara prisipalnya SNAP tidak layak untuk bertanding menentang PKR kerana SNAP baru sembuh dari luka. Namun kerana DUIT.. SNAP sanggup buat apa saja. Dont Blame other in this PRN. Cermin muka sendiri dulu.
No comments:
Post a Comment