Monday, April 18, 2011

Pakatan Rakyat Victory

YB Baru Bian, YB See Chee How dan YB Ali Biju telah membuktikan kepada Kerajaan Barisan Nasional bahawa angin perubahan akan berlaku di Sarawak. DAP tidak boleh di pertikaikan lagi apabila menyapu bersih kawasan majoriti pengundi cina dan mengurangkan majoriti kemenangan BN di Bawang Assan dan Senadin.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kekalahan mengejut Parti Keadilan Rakyat kepada calon BN. Antaranya adalah pengaruh undi pos. Undi pos adalah proxy kepada BN dan undi pos boleh di poskan ke kawasan yang bergoyang pada pendapat BN. Jika kita lihat kemenangan majoriti kecil adalah di sebabkan proxy undi pos. SPR hendaklah mengkaji semula perlaksanaan undi pos. Asas saya berkata demikian adalah tempoh undi pos PRU Sarawak yang sepatutnya berakhir 15 April 2011 telah di lanjutkan ke 16 April 2011 dengan alasan ada pegawai yang belum menunaikan tanggungjawab mereka. Ini menunjukan kredibiliti SPR telah mula di pertikaikan.

Faktor yang kedua adalah taktik kotor BN dimana mereka mengunakan istiilah Pembangunan untuk memancing Undi. Harus di ingat, BN adalah kerajaan yang memerintah selama 48 tahun di Sarawak. Sekiranya BN gagal membawa pembangunan, maka mereka harus di tolak. Ada calon BN yang mengugut rumah panjang dengan istilah pembangunan ini.

Kes 1. Rumah Panjang ini telah di janjikan dengan pembinaan jalan raya pada kempen 2006. BN menang pada masa itu dan penduduk rumah panjang tersebut telah menuntut janji mereka pada kempen PRU 2011. Apa yang menyedihkan adalah, calon BN telah memberi amaran pada penghuni rumah panjang tersebut dengan berkata "Jika undi kamu tidak kepada BN, lupakan sahaja hajat untuk menikmati jalan raya yang di janjikan oleh BN" Ini adalah ugutan. Penduduk rumah panjang tidak ada pilihan selain daripada memberi undi mereka kepada BN. Sepatutnya pembangunan bukan untuk memancing undi. Pembangunan adalah TANGGUNGJAWAB kerajaan. Malaysia tidak akan maju 2020 dan Sarawak 2030 sekiranya kerajaan mengunakan istilah Pembangunan sebagi umpan untuk memancing undi.

Janji dan ugutan BN telah menyebabkan banyak undi penduduk luar bandar memihak kepada BN dan penduduk rumah panjang sangat sangat mendambakan wakil BN untuk menunaikan janji mereka. Saya sedih dengan keadaan penduduk rumah panjang yang begitu selesa dengan kehadiran wakil rakyat BN. Bantuan segera, politik wang, membeli undi antara faktor yang menyebabkan PR sukar untuk menembusi kawasan rumah panjang. Oleh itu tahniah kepada YB Ali Biju kerana berjaya dalam misi kali ini.

Faktor seterusnya adalah dengan kehadiran PM hampir 2 minggu di Sarawak dengan menjanjikan pelbagai prospek pembangunan dan taburan wang berbilion ringgit yang saya percaya membawa kepada Malaysia MUFLIS seperti yang di ramal oleh Datuk Seri Idris Jala. Janji ini telah di makan oleh penduduk pedalaman di sarawak kerana mereka kurang arif dengan Pentadbiran Negara.

Kes 2. Projek Hospital dan Jalan Raya yang di janjikan. RMK10 telah di bentangkan dan di luluskan. Namun janji yang di tabur pada PRU Sarawak ke 10 adalah projek mega dan TIDAK DI MASUKAN DALAM RMK10! Bajet negara telah di atur dan mana mungkin sesuatu projek di luar bajet untuk di laksanakan!

Rakyat Sarawak telah tertipu. Apa yang kita harapkan adalah, PR dapat mendapatkan semula dan compile semua janji BN untuk memastikan ia di tunaikan oleh BN walau jauh di ceruk rantau sekalipun. Perjuangan PR baru bermula di Sarawak. Hasrat untuk menawan Sarawak pada PRU Sarawak 11 bukanlah misi mustahil. Angka 11 akan menjadi angka bertuah pada PR.

Teruskan usaha anda dan generasi muda yang berada di kelas pertengahan akan sentiasa menyokong PR.

No comments:

Google Search Engine

Custom Search