Bajet 2011
Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8 preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010
Perbelanjaan kos operasi – RM162.8 bilion
Perbelanjaan kos pembangunan – RM49.2 bilion
Perbelanjaan kos operasi – RM162.8 bilion
Perbelanjaan kos pembangunan – RM49.2 bilion
- Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan import tertangguh
- Negara telah pulih dari kemelesetan ekonomi dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh pertama 2010
- Defisit dijangka rendah pada 5.4 peratus pada 2011
- Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
- Jumlah dagangan Malaysia dijangka meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
- Sektor perkhidmatan diunjur berkembang 5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
- Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020
- Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh.
- Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
- Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
- Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus sebelum ini.
- Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
- Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli belah
- Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri
- Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka
- Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
- RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
- RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
- Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
- RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
- Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
- Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi 90 hari.
- Skim Rumah Pertamaku bantu golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
- Kerajaan akan menaikkan kadar cukai perkhidmatan daripada 5 peratus kepada 6 peratus. Tarikh berkuatkuasa pelaksanaan cadangan ini ialah pada 1 Januari 2011. Ia terkandung dalam cadangan Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Dewan Rakyat hari ini. Kadar ini tidak diaplikasikan ke atas kad kredit di mana cukai perkhidmatan dicajkan pada kadar khusus RM50 setahun ke atas kad utama dan RM25 untuk kad kedua.
- Elaun pemimpin masyarakat dinaikkan kepada RM800 sebulan. Elaun bulanan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru akan dinaikkan kepada RM800 sebulan berbanding RM450 pada masa ini, bagi menghargai peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat.
- RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina infrastruktur seperti membina jalan luar bandar dan untuk membina jalan luar bandar
- RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak, selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung Malaysia.
- Sistem Penilaian Takap Kecekapan (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam. Satu sistem penilaian yang lebih sesuai dan diterima baik oleh penjawat awam akan menggantikan sistem PTK yang akan dimansuhkan menjelang Jun tahun depan
- Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan khas RM500. Sebagai menghargai sumbangan 1.2 juta penjawat awam seluruh negara yang memberi komitmen penuh dalam menjayakan inisiatif kerajaan, serta dengan harapan dan pesanan supaya penjawat awam terus berusaha, kerajaan setuju memberi Bantuan Kewangan Khas RM500 kepada kakitangan awam Gred 54 ke bawah, termasuk petugas kontrak dan pesara yang dibayar Disember ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. (Bersyukur juga. Walaupun tiada bonus, bantuan kewangan ini pun sudah memadai).
Secara umum bagaimana pandangan anda. Adakah Bajet 2011 ini benar-benar menepati konsep Bajet Rakyat atau berdasarkan pandangan daripada rakyat? Intipati lengkap Bajet 2011/ucapan pembentangan boleh dirujuk di sini.
Sumber: BERNAMA, Malaysiakini, Berita Harian.Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10): Intipati Pembentangan
INTIPATI PEMBENTANGAN RANCANGAN MALAYSIA KE-10 (RMK10)
Rancangan yang bertemakan “Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial” itu memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun berkenaan. Daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus untuk pentadbiran am. RMK10 yang akan dilaksanakan berasaskan hala tuju strategik, program dan peruntukan adalah bagi merealisasikan Wawasan 2020 dan membawa negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.
Perdana Menteri berkata rancangan itu amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Ia merupakan satu daripada empat tiang utama pentadbiran beliau ke arah menjadikan Malaysia negara berstatus pendapatan tinggi menjelang 2020. Tiga lagi tiang tonggak itu ialah Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Baru Ekonomi (MBE).
RMK10 amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Rancangan ini menyasarkan Pendapatan Negara Kasar Perkapita meningkat kepada RM38,850 pada 2015, berbanding RM26,420 tahun 2010. Ini bermakna, kadar pertumbuhan ekonomi negara yang disasarkan adalah 6 peratus setahun berbanding 4.2 peratus setahun pada RMK9 (2006-2010).
Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan. Bagaimanapun cabaran besar bagi negara adalah untuk memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun. Di samping itu, kerajaan juga komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.
10 Premis Utama RMK10
- Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara;
- Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa;
- Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan;
- Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi;
- Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul;
- Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.
- Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif.
- Menyokong perkongsian pintar yang efektif.
- Menghargai khazanah alam sekitar.
- Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
5 Teras Strategik
Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima teras strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Bagi menuju ke arah itu, Perdana Menteri berkata Malaysia perlu merangka pendekatan baru yang mengutamakan modal insan berkualiti, inovasi dan kreativiti serta kerajaan bertindak umpama sebuah syarikat yang berdaya saing. 5 teras tersebut ialah:
Datuk Seri Najib Razak hari ini menggariskan lima teras strategik di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10), ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Bagi menuju ke arah itu, Perdana Menteri berkata Malaysia perlu merangka pendekatan baru yang mengutamakan modal insan berkualiti, inovasi dan kreativiti serta kerajaan bertindak umpama sebuah syarikat yang berdaya saing. 5 teras tersebut ialah:
- Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Prestasi Petunjuk Utama (KPI).
- Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.
- Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.
- Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.
- Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
Tumpuan Pembangunan
Peruntukan RMK10 bagi infrastruktur bukan fizikal meningkat kepada 40 peratus, berbanding 21.8 peratus dalam RMK9. Beberapa tumpuan utama dalam RMK10 termasuklah:
- Tumpuan diberikan kepada program pembangunan kemahiran, aktiviti R&D dan modal teroka;
- Selaras dengan langkah untuk untuk meningkatkan kompetensi penjawat awam, sebuah institusi perkhidmatan awam bertaraf dunia akan diwujudkan;
- Satu unit khas, iaitu Unit Transformasi Ekonomi, akan ditubuhkan untuk merancang, menyelaras pelaksanaan dan pembangunan NKEA.
- Suruhanjaya Persaingan dan Tribunal Rayuan akan ditubuhkan untuk memastikan pelaksanaan undang-undang lebih teratur dan berkesan.
- Kerajaan terus berusaha untuk meletakkan Malaysia di lima tangga terbaik negara paling kompetitif di dunia.
Selain itu, kerajaan turut memberi tumpuan kepada 12 bidang ekonomi utama negara (NKEA) akan diumumkan Oktober nanti, iaitu:
- Minyak dan gas
- Minyak sawit dan produk berkaitan
- Perkhidmatan kewangan
- Pemborongan dan peruncitan
- Pelancongan
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
- Perkhidmatan Pendidikan
- Elektrik dan elektronik
- Perkhidmatan perniagaan
- Penjagaan kesihatan swasta
- Pertanian
- Greater Kuala Lumpur
52 projek berimpak tinggi bernilai RM63 bilion diwujudkan
Kerajaan akan mewujudkan 52 projek berimpak tinggi bernilai RM63 bilion, antaranya 7 lebuh raya (RM15 billion), janakuasa arang batu (RM10 billion) dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10).
Undang-undang kebankrapan dipermudah
Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.
Undang-undang kebankrapan akan dipermudah untuk menyokong budaya mengambil risiko terhitung, menghapuskan stigma kegagalan dan membenarkan usahawan berkaliber lagi wibawa yang gagal untuk kembali aktif.
Sekolah Amanah akan diperkenalkan
KUALA LUMPUR: Sekolah Amanah atau Trust Schools akan diperkenalkan untuk memudah cara perkongsian awam swasta dalam pengurusan sekolah kerajaan yang terpilih. Sekolah terbabit akan diberi autonomi oleh kerajaan dan dengan itu dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar. Autonomi yang akan diberikan termasuk keanjalan untuk mengubah suai kurikulum pembelajaran, menggunakan peruntukan mengikut keperluan, memberi insentif kepada guru mengikut tahap prestasi serta memilih guru dan staf sokongan.
Dana Mudahcara (Facilitation Fund)
Dana berjumlah RM20 bilion akan disediakan melalui Dana Mudahcara atau “Facilitation Fund“ bagi memudahkan sektor swasta membiayai projek perkongsian awam-swasta. Melalui Dana Mudahcara, kerajaan anggar menarik pelaburan swasta sekurang-kurangnya RM200 bilion; Antara projek yang dipertimbangkan ialah penambakan tanah di Westport, Pelabuhan Klang, Pembangunan Malaysia Truly Asia Centre di Kuala Lumpur dan Taman Teknologi Tinggi Senai di Iskandar Malaysia, Johor.
Pembangunan Inovasi
Sebuah unit khas ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi memandu dan mengarah keberkesanan sistem inovasi negara serta program pembangunan inovasi sedia ada. Dana Inovasi Mudharabah (MIF) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta akan diperkenal bagi menyediakan modal berisiko kepada syarikat modal teroka kerajaan.
Dana Perkembangan Perniagaan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM150 juta akan ditubuhkan bagi merapatkan jurang pembiayaan antara pengkomersilan peringkat awal dan pembiayaan modal teroka bagi produk berteknologi tinggi.
Pemilikan Ekuiti Bumiputera
Sasaran RMK10 adalah untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus pemilikan ekuiti korporat Bumiputera dan ekonomi di peringkat makro kekal. Lima inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera telah digariskan yang meliputi usaha:
- Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian;
- Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera;
- Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera;
- Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas;
- Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.
Meningkatkan Pendapatan Isi Rumah
Fokus kepada meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan bilangan terbesar, iaitu 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini. Pelaksanaan pelbagai program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.
Kemudahan pinjaman AIM dan TEKUN akan disediakan dalam usaha menangani kemiskinan bandar dan akan dipakej bersama dengan latihan keusahawanan.
Dana RM100 juta untuk pinjaman mudah bagi 280,000 isirumah kampung baru Cina membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan melalui Bank Simpanan Nasional.
Pemberian Subsidi
Sebagai langkah meningkatkan daya saing dan kecekapan pasaran serta memastikan penggunaan sumber yang lebih optimal, kawalan harga dan subsidi perlu dirasionalkan secara berperingkat untuk menghapuskan penyelewengan pasaran dan penyelewengan. Bagaimanapun, keputusan pengurangan subsidi akan dilaksanakan setelah mengambil kira maklum balas dan merundingi rakyat. Kerajaan memberi jaminan dalam usaha mengurangkan subsidi, golongan berpendapatan rendah dan mereka yang paling memerlukan akan terus diberi bantuan untuk meringankan impak pengurangan subsidi ke atas kos sara hidup masing-masing.
Projek Jalur Lebar
Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi akan meliputi bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan kawasan industri, liputan jalur lebar ke kawasan pinggiran bandar dan luar bandar dan prasarana tanpa wayar dengan pakej mampu langgan bagi penduduk di luar bandar.
Lebuhraya dan Pengangkutan
Lebuhraya Pantai Timur dari Kuantan ke Kuala Terengganu akan disiapkan dalam tempoh RMKe-10 kos RM3.7 bilion dan akan dihubungkan ke Pelabuhan Kuantan yang akan dinaik taraf. Selain itu, pembinaan sepanjang 6,300 kilometer jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500 kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di Sarawak yang akan memberi faedah kepada 3.3 juta penduduk juga akan dilaksanakan.
Projek membina landasan elektrik berkembar dari Gemas ke Johor Bahru, dengan kos anggaran RM8 bilion akan dilaksanakan sebagai pelengkap kepada sistem landasan elektrik berkembar dari Padang Besar di utara ke Johor Baharu di selatan.
Bekalan Air dan Loji Rawatan
Peruntukan RM109 juta untuk sambungan bekalan air ke 182 estet yang mempunyai keluasan 1,000 ekar (400 hektar) atau kurang dan terletak tidak melebihi lima kilometer dari paip utama. Liputan bekalan air luar bandar yang lebih berkualiti dengan sasaran liputan sebanyak 99 peratus di Semenanjung Malaysia, 98 peratus di Sabah dan 95 peratus di Sarawak. Loji rawatan kumbahan yang menggunakan teknologi hijau di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, akan diperluaskan ke seluruh negara.
Bekalan Tenaga
Bekalan tenaga akan terus diperkukuh ke arah mewujudkan pasaran yang lebih kompetitif dan mengurangkan tanggungan subsidi tenaga secara berperingkat. Kemudahan elektrik di kawasan luar bandar juga akan diperluaskan untuk meliputi penyambungan bekalannya ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.
Perluasan Pelaburan dan Bantuan Modal
- Beberapa bandar raya akan dijadikan destinasi tarikan baru kepada pelabur dalam industri berteknologi tinggi serta tenaga kerja berbakat dan berpengetahuan.
- Kerajaan akan tambah RM3 bilion lagi menjadikan jumlah Skim Jaminan Modal Kerja kepada RM10 bilion bagi enterpris kecil dan sederhana (SME) mendapat akses kemudahan pembiayaan.
- Kerajaan sedang mengkaji untuk mempertingkatkan lagi sumber kewangan SME dan Agro Bank.
Rumusan
Bagi melaksanakan program pembangunan RMKe-10, kerajaan akan menyediakan siling peruntukan sebanyak RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Untuk tujuan ini, sebanyak 55 peratus akan diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan 5 peratus kepada sektor pentadbiran am.
Apa yang menariknya, Perdana Menteri turut mengaitkan pembentangan RMK10 kali ni dengan semangat Piala Dunia yang akan bermula esok. Perdana Menteri berkata rakyat negara ini bolehlah mengiaskan kejayaan untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang maju dengan rakyat berpendapatan tinggi kepada analogi sebuah pasukan bola yang berjaya.
Bagi sebuah pasukan bola, untuk berjaya, kesemua pemain daripada pasukan tersebut tanpa mengira posisi, perlu bekerjasama serta bermain sebagai satu pasukan. Jika tidak, mereka bukan sahaja tidak mungkin menang malahan boleh kalah teruk. Setiap pemain bermula daripada penjaga gol, pemain pertahanan, pemain tengah dan penyerang adalah sama pentingnya. Bagaimana hebat pun pemain secara individu namun mereka hanya akan menggondol kemenangan sebenar secara berpasukan. Oleh itu, setiap aset pasukan adalah berharga dan perlu dioptimumkan potensina bagi mencapai kejayaan.
____________________________________________________________________________
Berdasarkan 2 rancangan kewangan utama negara ini, apakah asas kepada rakyat untuk percaya kepada segala janji yang di tabur oleh BN melalui PM Najib pada Pilihanraya Sarawak Ke 10 yang lalu? Bagaimana untuk mengatakan bahawa semua janji tersebut akan @ Bakal di tunaikan kerana bajet negara dan RMK10 telah di bentangkan sebelum PRUN Sarawak yang lalu. Adakah rakyat Sarawak terlalu bodoh dengan janji BN yang hampir pasti sukar untuk di tunaikan? Semua adalah janji semata mata untuk memancing undi. Harus di ingat, kerajaan bertanggungjawab untuk membangunkan negara dan pembangunan bukannya untuk memancing undi. Kebodohan BN dan Rakyat Sarawak dan Malaysia juga di perbodohkan BN akibat kebodohan BN.
No comments:
Post a Comment