MD ZAIN menunjukkan janin selepas dilanggar oleh kenderaan pacuan empat roda di Taman Marida, Senawang, dekat Seremban, kelmarin.
SEREMBAN: Seorang kontraktor menggigil apabila melihat sebuah bungkusan plastik biru di tengah jalan raya yang dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Taman Marida, petang semalam, rupa-rupanya berisi janin manusia.
Md Zain Majid, 36, terdiam seketika apabila melihat benda yang terkeluar dari bungkusan plastik itu adalah janin manusia dan terus beristighfar.
"Kereta saya melepasi bungkusan itu, tetapi oleh kerana syak melihat kandungan bungkusan itu, saya mengundurkan semula kereta.
Md Zain berkata, kejadian itu sungguh menyedihkan hatinya kerana tidak pernah sebelum ini, janin yang cukup sifat dilanggar kenderaan hingga berkecai.
Berita Harian 15/03/09

Akibat pelanggaran kira-kira jam 5 petang itu, sebahagian besar janin yang cukup sifat itu berkecai dan hanya tinggal bahagian perut ke bawah, manakala kedua-dua belah tangan terputus.
Md Zain Majid, 36, terdiam seketika apabila melihat benda yang terkeluar dari bungkusan plastik itu adalah janin manusia dan terus beristighfar.
Sebelum itu, dia yang dalam perjalanan dari Taman Marida ke Taman Seremban Jaya di sini, berhenti mengisi minyak keretanya di sebuah stesen minyak bersebelahan tempat kejadian.
"Apabila kereta saya memasuki jalan itu, sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan melanggar bungkusan plastik itu yang berada di tengah jalan.
"Kereta saya melepasi bungkusan itu, tetapi oleh kerana syak melihat kandungan bungkusan itu, saya mengundurkan semula kereta.
"Saya keluar dari kereta dan apabila melihat benda yang dilanggar itu, saya terkejut mendapati ia adalah janin manusia," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Md Zain kemudian segera memanggil dua anggota polis dari sebuah kereta peronda yang kebetulan berhenti di stesen minyak itu.
Beliau berkata, ada kemungkinan bungkusan mengandungi janin itu dibuang di kawasan berdekatan dan dihanyutkan banjir kilat yang memang sering berlaku di taman itu.
Md Zain berkata, kejadian itu sungguh menyedihkan hatinya kerana tidak pernah sebelum ini, janin yang cukup sifat dilanggar kenderaan hingga berkecai.
1 comment:
God help us. Let us be tempted and free us from evil....
Post a Comment