Monday, March 2, 2009

PPSMI

Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI)

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002.

Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.

Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.

Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.

Kesimpulannya, keputusan dasar untuk melaksanakan PPSMI bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid.

1. Di atas adalah pengenalan kepada PPSMI yang menjadi isu hangat sekarang dalam negara.

2. Isu nya adalah gerakan pemansuhan PPSMI oleh GMP yang di ketuai oleh Datuk Dr Hassan Ahmad presiden persatuan tersebut. Turut di angotai oleh beberapa orang Sasterawan negara.

3. Isu memuncak dengan demosatrasi jalanan pada sabtu lepas (07/03/08) kononya menghantar memorandum bantahan kepada sultan.

4. Persoalannya, mengapa baru sekarang hendak membantah? Di manakah mereka ini 6 tahun yang lepas pada masa perlaksanaan dasar ini?

5. Bagaimana mereka tahu bahawa dasar ini gagal?

6. Mereka ini Sasterawaan negara... Adakah mereka ini belajar Sains dan Matematik..

7. Apa yang mereka tahu dengan Sains dan Matematik?

8. Sasterawan hanya pandai bekerja dengan buku.. tapi pakar sains atau matematik bermain dengan aplikasi. Mereka ini yang mengoncang dunia.. Apakah sasterwan atau mereka yang dalam golongan ini mampu untuk mencipta kenderaan? Mereka bangunan? Mencipta sesuatu yang inovatif? Mampu pergi ke angkasa? Mereka ini semua adalah pakar Sains dan Matematik. Tanya mereka ini apakah keberkesanan dasar ini. Pelajar aliran sains lebih mengetahui akan perkara ini.

9. Apa yang mereka tahu dengan Istilah - Istilah Sains?

10. Tolonglah, kalau hendak bantah PPSMI ini, saya sarankan golongan ini belajar sains dan matematik dulu. Rasai dulu bagaimana seksanya belajar sains dan matematik dalam BM di peringkat University apabila hampir semua bahan rujukan dalam Bahasa Ingeris.

11. Alasan BM semakin lemah adalah alasan yang lemah untuk membantah PPSMI ini. BM masih perkasa kerana ia adalah bahasa penghantar sejak berzaman di Malaysia. Buktikan Bangsa apa di Malaysia yang tidak tahu Bahasa Malaysia.

Persoalannya, Wajarkah PPSMI di mansuhkan atau diteruskan?

No comments:

Google Search Engine

Custom Search