Thursday, May 12, 2011

Modal Politik Kotor dan Jijik Bangsa MALAYSIA!!!!

Rampas kedudukan Islam wujud


KUALA LUMPUR 7 Mei – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mendakwa memang wujud gerakan oleh pertubuhan agama lain untuk merampas kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
 
Katanya, beliau menyedari kewujudan gerakan itu setahun yang lalu dan ia bergerak secara senyap dalam usaha cuba menghakis kedudukan agama Islam sedikit demi sedikit.

Katanya, perjuangan pergerakan itu berlandaskan kepada 14 tuntutan seperti yang dikemukakan oleh pihak pembangkang kepada Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

“Saya difahamkan antara perkara yang mereka perjuangkan ketika ini adalah untuk mengkategorikan golongan di bawah 18 tahun sebagai ‘tidak beragama’ dan mereka hanya boleh memilih agama apabila mencapai usia tersebut.

“Alasan yang digunakan adalah bagi menyelesaikan masalah penetapan agama anak yang sering menjadi perdebatan di negara ini apabila salah seorang daripada ibu atau bapanya bukan beragama Islam.

“Selain itu, saya juga difahamkan bahawa pergerakan ini sedang berusaha untuk membolehkan persatuan agama lain ditubuhkan di peringkat sekolah rendah dan menengah,” katanya ketika ditemui pada perhimpunan pemimpin pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, tuntutan-tuntutan tersebut akan disuarakan menerusi ahli Parlimen yang mewakili pertubuhan agama tersebut.

“Jadi, saya harap kerajaan mengambil berat perkara ini. Kita tidak menafikan hak kaum lain untuk mengamalkan fahaman serta agama mereka, tetapi jangan sekali-kali cuba mencabar Islam,” katanya.

“Saya juga menyeru semua umat Islam di negara ini supaya bersatu. Kita semakin lemah dan berpecah-belah sejak akhir-akhir ini, sebab itu golongan yang dengki dengan kita, dengki dengan Islam semakin berani mengambil kesempatan,” jelasnya.
 ____________________________________________________________________________
Politik sempit, kotor dan menjijikan Bangsa Malaysia apabila mengapikan isu agama. Ahli Politik sepatutnya membimbing rakyat ke arah cara politik yang sihat bukannya politik sempit seperti ini. 


Apakah ahli Politik seperti Zul Nordin ini tidak tahu pasal Perlembagaan Malaysia? Tak patut! Seorang peguam, mana mungkin tak tau Perlembagaan Malaysia. Dalam Perlembagaan Malaysia sudah termaktub dengan jelas Agama rasmi adalah ISLAM. Bagaimana pula ia hendak di ubah ke agama lain sedangkan YDP Agung adalah seorang beragama ISLAM!! dimana Tuanku sahaja yang berhak meluluskan sebarang pindaan dalam Perlembagaan Malaysia.

Jadi, kesimpulannya adalah, isu ini adalah agenda politik Sempit, Jijik dan Kotor di kalangan sesetengah ahli Politik di Malaysia yang ada fahaman politik setengah tiang! Tak layak pun jadi YB, tapi terpaksa juga kerana tak sangka pulak menang dalam PRU 2008 yang lalu.

No comments:

Google Search Engine

Custom Search